Thursday, June 2, 2011

MASA


Masa bergerak pantas meninggalkan kenangan. Kisah lama menjadi sejarah, kisah baru mencipta arah. Suatu arah yang mungkin membawa bayangan realiti atau hanya sekadar fantasi. Fantasi atau realiti musabab usaha. Sesudu pengorbanan, secubit ketekunan, menjadi resipi kejayaan. Namun begitu, ada juga usaha yang gigih tidak menjanjikan kemenangan. Pasti jasad akan terseksa setelah batin dan masa dipersembahkan kepada usaha. Pasti rasa sia-sia seperti berlari-lari menghantui emosi. Seakan menjelirkan lidah, mengejek kekalahan. Waktu itu, tiada jalan pusing ke belakang kerana peribadi masa yang terus kehadapan. Hanya muhasabah saja menjadi petunjuk untuk mencipta kejayaan pada masa hadapan.



Tajuk - Fast Time

No comments:

Post a Comment