Tuesday, May 31, 2011

WASIAT IBU


Ibu meneruskan perjalanan dari barat ke timur. Segala rintangan, ibu hadapi dengan tabahnya semata-mata untuk sampai ke tanah yang dijanjikan. Timur merupakan wasiat bapa untuk ibu perkembangkan budaya dan bangsanya. Beberapa tamadun dan zaman terpaksa ibu dan anak-anaknya hadapi. Dari satu tamadun ke satu tamadun, budaya anak-anaknya terus berkembang. Walaupun selepas kematian ibu, anak-anaknya terus berjalan hingga sampai ke tanah yang dijanjikan. Akhirnya, bangsa ibu hidup bahagia di sana. Pesan ibu kepada anak dan bangsanya, adat kita junjung, agama kita sembah, pasti panji hitam akan berkibar semula dari ufuk timur.

Lagu - Marabahaya

Artis - Pop Shuvit

SEKADAR MENUNGGU


Cahaya diufuk barat seperti ingin menamatkan harinya. Maya seperti hari-hari yang lain, akan berdiri didepan pintu untuk menunggu kepulangan ibu bapanya. Dia tidak sabar untuk melihat ibu bapanya pulang daripada kerja. Akan Maya peluk ibu dan bapanya setelah mereka muncul dihadapan Maya. Rindu yang tidak pernah hilang sejak dulu lagi. tiba-tiba, bahunya disentuh oleh suatu jasad. Maya tersentak dan terkejut. Sambil dia menoleh perlahan-lahan ke arah jasad tersebut, terlihat akan dia, wajah sedih neneknya. Nenek dengan nada yang sayu mengatakan kepadanya bahawa yang pergi, takkan kembali.





Saturday, May 28, 2011

ELEKTRONIKA

Muzik sangat berharga didalam hidup Hafiz. Tenang diri Hafiz jika muzik mengusik telinga, membelai jiwa. Pasti fikirannya akan difantasikan oleh muzik yang mengasyikkan. Keseronokan muzik baginya berteraskan kepada melodi. Melodi yang indah akan membawanya kepada maksud lirik yang tersirat. Genre muzik elektronika mungkin kurang dikenali ramai. Bagi Hafiz, ianya seperti muzik balada. Mungkin lebih kepada pop balada. Konsert band Muse pasti memukaukan para peminat band ini. Konsertnya yang bercirikan persembahan bertenaga dan efek visual sangat mempersonakan penonton. Lagu seperti time is running out, hysteria dan starlight sangat diminati oleh peminat band ini. Namun lagu unintended sangat digemari Hafiz. Cara nyanyiannya seperti memuja watak utama lagu ini, si kekasih. Unintended adalah satu nyanyian yang sangat syahdu. Ditambah pula lirik lagunya yang romantik seperti puisi yang didendangkan oleh putera raja kepada kekasih yang turun dari kayangan. Kekasih yang sangat bernilai didalam hidup bagai kasihnya Romeo kepada Juliet. Maksud lagu ini sangat bermakna kepada hidup Hafiz. Lagu ini seperti menceritakan perihal kisah hidup Hafiz.



Lagu - Unintended
Artis - Muse