Monday, June 20, 2011

BUKAN SEKADAR LUKISAN


“Mimi, cuba lihat lukisan Salvador Dali ini. Ia seperti menceritakan jam yang hampir lebur dan rosak. Gambar latar belakangnya pula adalah lautan dan gurun. Jam mesti rosak sebab berada dikawasan yang bersuhu tinggikan.” Maya cuba membuat jenaka berdasar lukisan yang dilihatnya. Mungkin jenakanya merupakan mesej yang tersirat disebalik lukisan tersebut. “Perasan tak, ada bentuk badan manusia ditengah-tengah lukisan.” Mimi menunjuk jarinya kearah bentuk badan manusia yang dilihatnya didalam lukisan itu kepada Maya.


Lagu - Putihnya Lukisan

Artis - Meet Uncle Hussein

Saturday, June 18, 2011

KEBENARAN BUKAN TANDINGAN SYAITAN


Langkah hidup tetap diteruskan walaupun syaitan terus menguasai dunia sementara kebenaran dituduh zalim. Benar dan salah menjadi perkara yang keliru bagiku. Mungkin pihak yang benar itu salah, mungkin juga pihak yang salah itu benar. Syaitan dengan mudah mengangkat jari kearah kebenaran apabila keganasan berlaku. Ketika itu, seluruh dunia akan mempercayai propaganda syaitan. Kebenaran terus difitnah, dizalimi, dipukul dan dimaki oleh dunia. Pasti suatu agenda yang besar sedang dibina oleh syaitan pada masa akan datang. Namun pokoknya, tiada siapa yang tahu perkara yang sebenar disebalik sesuatu kejadian.





Lagu - Not Afraid
Artis - Eminem

BEGITU SEMPURNA UNTUKKU


Hatiku gelisah jika tidak dapat melihatnya didepan mata. Dia sangat istimewa dan sempurna untukku. Raut wajahnya memberi banyak inspirasi kepada langkah-langkahku pada masa hadapan. Kata-katanya asas falsafah kepada hidupku. Namun, perbezaan budaya hidup menjadi sempadan antara kami. Perubahan sering kali dituntut oleh diriku agar aku setaraf dengan keperibadiannya. Setiap detik yang dilalui, perubahan seperti suatu kemusnahan. Kemusnahan yang mampu menjurangkan hubungan aku dengannya. Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya. Biarlah takdir membuat keputusan antara diriku dengan dirinya.


Lagu - Creep
Artis - Radio Head

CUKUP WALAUPUN SEBENTAR


Masa terus berlalu. Suatu pesta yang menemukan semula Omar dengan Syakira. Penemuan baru yang mencipta suatu sejarah didalam hidup mereka. Penemuan baru setelah putusnya hubungan mereka sewaktu kecil. Semuanya disebabkan perbezaan hala tuju keluarga mereka. Penemuan kali ini berbeza darjatnya antara Omar dengan Syakira. Omar hanya bekerja sebagai pelayan tetamu kepada En Rio. Syakira pula merupakan kekasih kepada En Rio. Namun, penemuan tersebut cukup bagi mereka. Walaupun sebentar, ia cukup untuk menjawab segala persoalan didalam hidup mereka, siapa mereka pada waktu ini.


Lagu - Taboo
Artis - Don Omar


Monday, June 6, 2011

HANYA SATU


Semua yang ku lakukan hanyalah untukmu. Hidup matiku untukmu. Siang bersilih malam tidak terasa, kerana difikiranku hanya satu. Di anganku hanya kamu. Cintaku.. Kasihku.. Sayangku.. Rinduku hanya padamu. Kerana kau segala-galanya bagiku. Bahagianya diriku segalanya darimu. Jatuh dan bangun diriku juga adalah darimu. Kesedihan dan kegembiraan diriku juga datang darimu. Segala ketentuan hidupku, ku serah padamu. Sesungguhnya engkau yang Maha Agung dan Maha Esa…

Lagu - Everything I do, I do it for you

Artis - Bryan Adams

BUKAN SEMPURNA


Siapa sangka kaki yang sebesar dua jari, kini bisa melangkah dengan gagahnya. Aku yang dulu hanya rangka bersalut kulit, kini membesar dengan sihatnya. Pengorbanan darimu yang tidak terhingga..

Maafkan aku seandainya aku kian alpa dengan godaan dunia saat kaki ini melangkah memijak bumi nyata. Maafkan aku andai disaat aku leka mengejar impian, aku lupa memberi waktu untuk bersamamu. Maafkan seandainya disaat aku leka dengan dunia, aku lupa akan janjiku padamu. Maafkanku ayah.

Lagu - Hurt

Artis - Christina Aguilera

Friday, June 3, 2011

IKHTIAR


Kerjaya ditinggalkan setelah usia meningkat dan terus meninggalkan waktu dulu. Langkah kaki menjadi perlahan setelah badan menanggung pelbagai beban. Walaupun trend hiburan baru mengubah pemikiran manusia hari ini, karya seni lama masih dipuja. Pita dan cekera padat nukilan karya lama masih lagi diputarkan dicorong-corong radio. Lirik-lirik lagu lama masih bermain dibibir muda-mudi hari ini. Kalau dah minat, tak kira bila zamannya, ia masih disanjung. Kalau dah lagenda, tak kira ramai mana pun artis baru, ia tetap dimemori. Namun, semakin tinggi umur, pelbagai penyakit tanpa segan silu mendampingi diri. Hanya ikhtiar boleh dilakukan, ketentuan sebenar hanya dari Ilahi.